Thursday, December 23, 2010

HUJAN MENYORONG KERINDUAN


hujan menyorong kerinduan
tatkala suatu masa ku memancing haruan
curahan hujan menjemput ku ke lapangan
menyendiri atau berteman

paya bergenang air yang tenang
memberi satu kenangan
daerah sunyi menyapa sang siamang
ku hulur salam untuk sang haruan

dingin bukan dicari
kerana haruan, katak menari
hati resah bukan sendiri
di gigi air ku mengarau kekili

cerita semalam hebat sekali
tidak pernah pergi katak ku kembali
sambaran demi sambaran sudah ku lali
indahnya waktu tiada dapat dibeli

kini ku menyepi
hujan masih muncul di bumi ini
mengingat kembali detik yang bersemi
wujudkah lagi daerah sepi

ingin ku kembali
mengusung kerinduan bersama mimpi
ke daerah sepi yang tidak pasti
mengubat rindu pancingan menanti

berhenti hujan membawa dingin
yang mendinginkan hati ini
tiada apa yang menghantui
bukan aku tidak mahu
kasih tetap memburu

rindu ini tetap ku peluk
bersama kenangan di waktu yang suntuk
masa masih menjalar ke musim ufuk
niat baru harus dibentuk

hujan menyorong kerinduan
rindu yang dinyalakan oleh api perutusan
akan ku ubat rindu ini dengan harapan
suatu masa ku akan ke lapangan

No comments:

Post a Comment