Thursday, December 23, 2010
SEPI SEORANG PERINDU
mana perginya suara
berbisik menyapa rasa
mengalun irama lembut menenang jiwa
mengatur baris bermakna terlapik tawa
pancaran menyilau mencari cerita
kisah semalam yang bercahaya
waktu ku masih diambang mimpi
walau pun realiti terasa bagai fantasi
tidak terlena oleh igauan
kau pergi kerana ku memaksa
kau terseksa tampa ku duga
impian dirimu tak terlihat oleh pancaindera
luka kuciptakan
membakar diri menggapai mimpi
khayalan ku menjauhkan realiti
hidup dalam penuh fantasi
mendung menjelma dialur sepi
menyendiri membawa hati
tiada rasa
luka
bisa yang memakan diri
dibiar menjadi dan dihalang bertapi
dalam hujan tidak terteduh
menggigil aku tidak tersentuh
amalan tidak terpatuh
aku melihat sungai yang keruh
tiba-tiba
suria muncul kembali
hadir yang mengejutkan mimpi
masih jua ingin berfantasi
sedangkan keinginan kepada realiti
aku ingin membahagiakan mu
namun ku tak mampu
tak ingin ku melihat kau menangis
dan aku jua tak ingin kau melihat ku menangis
kerana membuatkan kau menangis
kau inginkan kehadiranku
bersama dalam alam yang tidak pasti
mengapa tiada mahu melenyapkan ingatan
bahawa aku tidak seperti dahulu
ku sentap segala kenangan
ku hulurkan impian
menangguk segala rindu
mengikat simpulan sayang
aku masih sepi
aku masih rindu
aku masih di sini
aku masih membisu
kan ku lontarkan suara
agar terbawa oleh angin yang berbayu
bahawa kau masih ada aku
yang ingin di rindui
sepi ku bersama rindu
di batas waktu tidak ku temu
tidak termampu mengejar pelangi
namum mengapa aku masih berlari ke langit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment