Monday, October 25, 2010

Salam pembuka bicara

Assalamualaikum,
Aku ni memancing dah lama juga. Seawal usia 5 tahun aku sudah mengenali joran, tali pancing dan matakail. Pada waktu itu joran aku hanyalah batang buluh sahaja, tali pancing pula dibeli secara depa tetapi aku tak beli hanya minta pada kawan dan matakail juga minta pada kawan. Ini semua kerana aku jarang memegang wang pada zaman itu. Set pancingan aku itu boleh bertahan sehingga berbulan-bulan. Lokasi pancingan aku pula anak sungai yang terletak berhampiran dengan rumah. Pada waktu itu jarak satu kilometer dikira hampir dengan rumah.
Hasil pertama pada usia 5 tahun adalah seekor ikan putih. Masih aku ingat ketika itu tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan ikan tersebut. Akhirnya ikan tersebut mati dan dibuang begitu sahaja setelah bermain-main dengannya.
Apa yang ingin disampaikan disini? Cuba fikirkan pada usia yang terlalu muda dengan peralatan pancingan yang ringkas dengan mudah boleh mendapat ikan. Itulah perbezaan waktu, zaman dimana segala-galanya mudah.
Sekarang! Aku dengan joran berjenama antarabangsa, kekili canggih serta berbagai peralatan pancing dan memperuntukkan waktu yang panjang masih belum tentu mendapat hasil. Perairan kita semakin sepi dan aku pemancing sepi akan mula mencoretkan kesepian ini dimasa yang mendatang selagi hayat dikandung badan dan dengan keizinannya... InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment