Monday, October 25, 2010

ULAT BULUH

Assalamualaikum dan salam pancingan buat warga pemancing.

Sekarang ini saya sedang mencari ilmu untuk mendapatkan ulat buluh untuk dijadikan umpan bagi memancing di sungai. Rasa amat payah pula untuk bertemu dengan individu atau sifu yang boleh mengajar cara-cara mencari ulat buluh.

Bukannya tidak boleh menggunakan umpan lain, cuma naluri seorang pemancing yang ingin mencari kepuasan dengan mencuba pelbagai jenis umpan. Sehingga ke hari ini saya tidak pernah mencuba penggunaan umpan ini. Macamana hendak guna kalau mencarinya pun tidak tahu.

Harapnya ada insan yang sudi mengajar cara-cara untuk mendapatkannya. Apa yang asasnya kita tahu ulat ini ada di dalam buluh sebab itu dinamakan ulat buluh. Pokok buluh tentunya kita kenal, cuma nak tahu buluh yang macam mana ada ulat. Takkan nak ditebang serumpun buluh, payahlah macam tu. Apa yang saya tahu kita perlu mengenal buluh yang ada ulat. Macam mana nak tahu? Perlulah ada seseorang yang mengajarnya.

Sampai-sampaikanlah ilmu anda. Perkongsian ilmu amat digalakkan, menimba ilmu lagi digalakkan.

Harapnya kesepian pancinganku akan berlalu... wassalam

No comments:

Post a Comment